Sayang yang mahal

Jodoh.. bukan kita yang aturkan. Hari ini, kita kata sayang pada yang bukan halal esok lusa kita berkahwin dengan orang lain, kemudian kita kata sayang pada orang yang telah halal itu yang kini bergelar suami kita, maka apa bezanya dia dengan yang sebelumnya? Mengucapkan kata sayang pada orang sembarangan, begitu murah kata sayang itu diperdagangkan. Tidakkah ingin, rasa sayang itu diluahkan pada orang yang tepat, orang yang lebih berhak dan halal merasai sayang dalam erti kata yang sebenar?


Simpan kata sayang itu untuk orang yang lebih berhak. Bukan bermakna kita tidak menyayangi teman lelaki di samping kita sekarang. Kata orang, walaupun kita tak meluahkan namun jika rasa sayang itu begitu kuat , maka dengan sendiri kita akan dapat merasai rasa yang ada dalam hati.

24 comments:

Jejari Menaip said...

kan2xx....perkataan syg mmg senang nak ungkapkan...Esok lusa boleh luntur sebegitu saja....Sayanglah pada yang netul2 menyanyangi kita

Sally Samsaiman said...

sayang kita...selagi berpaksikan cinta Tuhan...takkan berkurang kasih :)

cEro said...

Setuju.
Kadang2 kata sayang tu terlalu murah dan mudah sampai tahap tidak tahu beza mana sayang, mana nafsu dan mana keinginan utk memiliki.

Unknown said...

sayang pada perbuatan itu lebih bermakna dari ucapan ...

Afiqah said...

deepnyaa.
hmm takpe
apa yg dah ditentukan adalah terbaik buat kita :D

Unknown said...

Daebak.. hanya Allah yg mengetahui segalanya..

anamizu said...

tu lah betul. ada baiknya simpanlah untuk yg halal. lebih indah sbnrnye.





slm aidiladha :)
ana-mizu.blogspot.com

Unknown said...

kadang2 bila dah sayang sanggup buat apa saja.. sbb tu kita kena tunjukkan sayang tu dgn cara yg betul dan dengan orang yg sepatutnya.. hehe..

nayfatimahrasyid said...

singgah pagi ;)

paridah said...

salam iduladha...sayang tu boleh tapi jgn berlebihan...sayang yg total hanyak utk Allah..

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff Yups, betul tu. Bila dah betul2 sah barulah ada lesen nak sayang berlebih-lebihan kan.. =)

Gee Lion said...

@Sally Samsaiman Betul tu, harap sentiasa meletakkan syariat Allah di hadapan dlm apa jua perbuatan.. ^^

Gee Lion said...

@cEro sampai sekarang saya gagal nak bezakan tiga-tiga ini.

Gee Lion said...

@Vee Sandi yups, action talks louder =)

Gee Lion said...

@Afiqah yups, Dia dah merancang apa yang terbaik utk kita kan Afiqah..? :')

Gee Lion said...

@Ibnu Ramli Iye, dia tahu manusia itu fitrahnya ingin berkasih sayang.. =)

Gee Lion said...

@anamizu namun sesetengah orang tu tak memahami..

Gee Lion said...

@Anne Nurain boleh je macam tu. asalkan masih dlm landasan & tidak tersasar dri hidup berkasih sayang yg digariskan oleh Allah swt. Kalau dlm hubungan bf & gf, kena fikir 2,3 kali dulu. Selagi belum sah, jangan terburu-buru ikutkan perasaan tu.

^^

Gee Lion said...

@nayfatimah rasyid welcome to my territory.. hehe.. =)

Gee Lion said...

@paridah salam aidiladha.. betul tu, setuju... =)

Yana Yani said...

setuju sangat! jodoh tu rahsia ALLAH

Gee Lion said...

@yana yani Tapi jodoh tu boleh juga dipilihkan?

Anonymous said...

Sayang kalau dihargai betul2 pasti akan ketemu yg sebenarnya. Cinta halal? :')

Gee Lion said...

@asha hana lama tak nampak cik hana kat blog usang saya ni.. :')
halal cinta tu cik hana, kalau pasangannya halal juga.. kan?
<3