Kaku

Sebolehnya, dia ingin lari dari semua pandangan orang di luar sana. Membina sangkar hanya untuk dia seorang berada di dalamnya. Damn. Manusia terlalu cepat mengadili. Dan dia pula terlalu cepat beremosi.

Sebolehnya, dia ingin lari dari semua pergaulan orang di luar sana. Membina istana hanya untuk dia seorang berada di dalamnya. Damn. Manusia tidak akan pernah puas. Akan diasak, diasak, malah diasak lagi, bertubi-tubi, 'mengapa semua ini terjadi?' Dan dia terlalu cepat menyerah diri.


Sebolehnya, dia ingin menjelaskan keadaan kepada semua orang. Membina talian hayat hanya untuk dia seorang berbicara mengenainya. Damn. Manusia terlalu cepat berprasangka. Alasan mahupun dolak-dalik adalah kerelevanan yang bertapak di hati mereka, menidakkan penjelasan yang lebih kukuh, jelas dan nyata.

Dan dia, masih teguh kaku di sini.

28 comments:

paridah said...

kadang2 berperasaan gitu juga...hanya ingin berada dlm dunia sendiri.

OKje said...

Gambar pompuan tu mmg sesuai untuk tajuk entri ni Gee hihi.....
Berdiri kaku ditengah lautan manusia....

Qaseh Vee said...

bukan mudah untuk orang memahami kita . ada kalanya kita rasa nak menjerit kerana kita bukan seperti yg mereka fikirkan . cumanya , ada ketikanya kita lbh suka memendam . ada sesetengah perkara memang tak boleh nak kongsi . malah jauh di sudut hati , kita juga mahu jadi seperti orang lain ...

Fidah Shah said...

Dari dulu lagi akak memang suka baca catatan Gee....

Unknown said...

haih, manusia. kompleks.

Gee Lion said...

@paridah tapi.. we know its impossible.. ia hanya keinginan dan impian, bukan kenyataan..

Gee Lion said...

@hainom OKje baru ade feel bace... ^_^

Gee Lion said...

@Qaseh Vee kadang2 sy hairan bila ada orang tak faham, sebab disebalik semua ini, mereka juga ingin difahami..

Gee Lion said...

@Fidah Shah terima kasih kak fidah.. ^_^

Gee Lion said...

@Aisya A. sebab tu dia manusia.. bukan haiwan.. apatah lagi tumbuhan.. hehe.. ^_^

Siti Yang Menaip said...

sometimes kita memang need space for our own.. bagus juga. untuk reflect n buat perkara yang kita suka..

lagi penting untuk kita jadi diri sendiri.. bila kita alone =)

cEro said...

Itulah lumrah manusia.
Kadang-kadang tak tahu sama ada riasnya adalah wajah sebenar ataupun sekadar topeng yang mungkin berlapis-lapis.

Gee Lion said...

@Siti Yang Menaip yes, you get the point..

Gee Lion said...

@cEro sampai sekarang, aku pun masih fikir; mungkin aku yg bertopeng selama ni?

Sally Samsaiman said...

Bukan mudah nak sentiasa hidup sendiri...hakikatnya manusia...perlu antara satu sama lain...menyendiri cuma mampu lari dr realiti, baik hadapi daripada lari kan? :)

Rtp Farra Arisha said...

Perjalanan hidup dengan bermacam2 jenis ragam manusia memang banyak cabarannya. Kita yang harus pandai meletakkan diri ini di posisi yang tepat. :)

Scha Nazri said...

Kekadang kita macam membatu. Macam tak tahu nak buat apa. Ada banyak benda yang tak kena kan?

Dugaan dunia :)

GEE, jemput join GA Sayang oleh Scha eh? :)

Giveaway Sayang by Scha Nazri

Gee Lion said...

sudah pun hadapi.. jadi sekarang masa utk bawa diri.. :')

Gee Lion said...

Adakalanya terlanjur juga.. biasalah manusia tidak sempurna..
Yg penting, kita buat yg terbaik kan?
:')

Gee Lion said...

Biasalah kan, dugaan dunia.. Rupanya halnya mudah saja.. Tergelak je bila ingat semula.. =)
Thank you cik Scha.. InshaAllah.. ^_^

dear anies said...

manusia terlalu cepat berprasangka... itu tak dinafikan

Cik Balqis said...

Wahh..lme xbce puitis dr gee. Singgah mmbaca :)

Amelia said...

kita rasa nak bersendiri kadang-kadang or most of the time mesti sebab kita rasa xde orang akan faham kita nak apa sebenarnya.. ada masanya bukan xnak bercerita, tapi fikiran manusia yang suka mencari kesalahan buat kita jadi lesu nak ucapkan apa2 dah..

Gee Lion said...

you are so right cik Amy.. :')

Gee Lion said...

Welcome again here.. ^_^

Gee Lion said...

kadang2 sy pon tak terkecuali..

Yana Yani said...

tulah kehidupan...kita rasa kita aje baik
orang lain jahat...sifat prasangka tu yang kadang penyebab kita ke neraka
tanpa kita sedari...sekarang akak tengah dalam peringkat untuk tidak assume
assume maksudnya ASS between U and ME =)

Gee Lion said...

First dengar word break ni masa di U, gulpp tertelan pahit air liur ni kak..
Betul tu kan, jangan2 memandai prasangka dan lagi parah membuat cerita yg tak betul hanya kerana orang di sana malas memberikan penjelasan. Sebab orang di sana tau, cakap bagaimanapun perkara akan tetap sama..