Bahana

Firasatnya pada siang, siang terlalu mencemburui dia bersama malam. Siang enggan mengizinkannya nyenyak dipeluk dalam dingin gelita kelam. Begitu juga malam pada siang. Firasatnya, malam enggan melihat dirinya bebas bercanda bersama terang sinar kesiangan.

Dia buntu. Dia merindui nyenyaknya dengkuran di sisi seperti dulu.
Heningnya malam bisa membawahnya ke lembah kelenaan.
Namun cemburunya siang membuatkan dia terus kesendirian dalam waktu yang sunyi lagi sepi.
Titis air bening mulai berjatuhan, hatinya berlagu irama kepiluan.
Selama mana harus dia tanggungi, malam enggan mendakapnya lagi?


Dia lantas terhenti, mencuba menafsir waktu sebenar dirinya dalam dunia manusia. Bekati herba telah ditelan mengubat jiwa yang tidak mengenal erti cahaya, namun masih dia gagal kesudahannya. Kini riwayatnya hanya berkumandang dalam bayangan. Tidak lagi dia peduli akan definisi masa, yang dia tahu bila tiba masanya mata ini akan tertutup jua. Pergilah siang, pergilah malam, pergilah semuanya..

21 comments:

paridah said...

indahnya frasa...malam n siang bersilih ganti mengukir cerita tersendiri...

Yana Yani said...

maaf tak hadam entry ni...
tak boleh komen panjanglah jawabnya

Obat Herbal Radang Gusi said...

lucu goyang goyang :D

PeRdU cINta said...

Dalam pada saling bertingkah..penghujungnya semua bakal ditinggalkan..

Ain Athirah said...

Singgah sini Cik gee ^^

sobri yaacob said...

owh puan gee begitu puitis penulisan anda..
btw dah kawin ke?

Gee Lion said...

setiap darinya ada cerita sendiri kan PI =)

Gee Lion said...

HAHA, takpe. Melihat kak Yana di sini pun saya dah suka ^_^

Gee Lion said...

Itu yang cuba dia relakan.

Gee Lion said...

Masyeh cik Ain ^_^

Gee Lion said...

Masyeh En.Sobri.. ^_^
Alhamdulillah, baru saja lagi. Inai di jari pun masih mekar lagi.. ^_^

Chic Na said...

chic na suka baca walaupun tak faham.. mohon tulis satu buku kita nak beli.. :)

Gee Lion said...

masyeh chicna.. =)
buat buku kena beli nanti, baik datang blog kita, baca percuma sajork. hehehehe.. =)

nayfatimahrasyid said...

cikbunga dtg sini ;)

Sally Samsaiman said...

silih berganti tu sudah menjadi ketetapan... :)

Kira Sakura said...

kita dah pencen bab puitis ni hihihihi

Gee Lion said...

apa khabar cik bunga? lama tak nampak.. ^_^

Gee Lion said...

Betul tu ^_^

Gee Lion said...

sekali sekala je nak berpuitis. hehe ^_^

Wak Lat said...

salam. hee rajinnyer main gif animations ;p

Sha Mohamed said...

Wow.. Ohsem..
Singgah sini dan follow..