Wanted Ohsem Bloglist Blog KakLong


Syarat yang ohsem

  • Berbahasa Melayu : Memang aku berbahasa Melayu, bukan cina apatah lagi tamil.
  • Semua genre ada : Macam-macam genre ada dalam ni.
  • Ori dan unik : Ini para pembaca lah kena bagi feedback ^_^
  • Selalu update : Aku update sehari sekali je itupun rasa tak menang tangan nak balas komen korang semua. ^_^
  • Selalu BW : Yang ni memang hari-hari aku buat melainkan ada kekangan masa.
  • Word verification : Tak letak pun sebab aku pun pernah terkena. Banyak masa terbuang sebab nak lepas komen kat blog-blog tu. Kesian kuota aku. Huhu..

Hai semua, inilah kali pertama aku join segmen yang macam ni sejak berblog semula. Nampak peramah blogger Kak Long ni, jadi pada korang yang rasa nak join, sila klik banner di atas ye!

Kisah Nasir

Membaca entri PI membuatkan aku teringat pada sebuah kisah yang dialami oleh seorang pemuda ketika usianya 25 tahun. Sebenarnya, aku ada merakam cerita ni dari mulut ayah aku sendiri tapi entah macam mana rakaman tu hilang. Jadi aku tulis apa yang aku ingat sajalah ye.

Kisahnya berlaku di antara Jengka 14 dan Bukit Lada. Ketika itu syarikat menggunakan tenaga orang muda untuk menarah bukit-bukit demi mendapatkan hasil pembalakan. Nasir (bukan nama sebenar) adalah salah seorang darinya.

Kata Nasir pada hari tersebut, memang terasa agak sedikit pelik. Biasalah kata orang, apabila musibah ingin mengenai kita pasti kita diberi petanda terlebih dahulu. Gelas pecah ke, jantung rasa berdebar-debar ke. Nasir sedang cuba menumbangkan satu pokok apabila secara tiba-tiba keadaan di sekellingnya terasa gelap. Rupanya, ada satu pokok balak yg maha besar menimpa Nasir.

Nasir pengsan. Tak sedarkan diri.

Dia kemudiannya tersedar, setelah tiga bulan koma di atas katil sebuah hospital.


Nasir mengalami kecederaan kaki yang teruk. Dia juga kehilangan darah yang banyak. Dengan perkembangan teknologi perubatan sekitar tahun 70-an, doktor hanya memasang plat besi pada kaki Nasir dan menebuk bahagian rusuk kiri Nasir untuk mengeluarkan darah beku yang terkumpul. Disebabkan kumpulan darah Nasir adalah dari jenis rare, pihak hospital mengalami kesukaran mendapatkan tabung darah sejenisnya.

Kemasukkan bergelen untuk menggantikan darahnya yang banyak hilang memberi banyak kesan kepada perubahan mood Nasir. Yelah, kita tak tahu darah dari orang manakan? Sejauh mana kaitan darah dengan sifat seseorang pun aku tak pasti. Cuma kata Nasir, dirinya berubah sejak kejadian itu. Dahulu, dia ni pemalu orangnya. Cakap pun jenis sopan. Pendiam. Tetapi, selepas kejadian tersebut dirinya berubah jadi panas baran. Pemarah. Bila dah tua ni dia slow sikit. Kalau tak, masa muda dulu.. dengar bunyi motor Nasir pun aku dah mencunghat lari masuk bilik. Mwahahaha.


Nasir menghabiskan masa berbulan-bulan lamanya di hospital. Sempatlah dia bermain kenyit-kenyit mata dengan nurse kat situ. Kebetulan, Nasir pun agak kacak orangnya. Kata Nasir, lihat dari gaya memang nampak nurse yang comel seperti Hang Li Po tu serius dengannya. Tapi Nasir jual mahal.. Eleh, bajet aku percaya.......

Suatu hari, kakak Nasir atau mesra dipanggil sebagai Kak Besar berhasrat membawa Nasir berjumpa perawat alternatif. Seperti dijangka, doktor menentang habis-habisan keputusan tersebut. Nasir dan Kak Besar diberi amaran oleh doktor berkenaan kaki Nasir yang memang serius cedera teruk sehingga peluang untuk menyembuhkannya pun agak tipis.

Disebabkan itu sebelum Nasir meninggalkan hospital, berbagai-bagai borang kena tandatangan. Mungkin doktor tidak mahu dipersalahkan seandainya berlaku apa-apa ke atas Nasir selepas itu kerana keluar wad awal tanpa kebenaran dan tidak mengendahkan nasihat doktor. Nasir sempat tambah, masa nak keluar tu memang nampak air muka nurse tersebut agak kecewa. Eleh lagi...

Panjang bebenor kisahnya. Kita sambung lagi di lain hari ^_^


Duhai Hati #1

Aku mendapat inspirasi untuk buat entri ni daripada blog Mastura Nasarudin. Saja nak letak gambar dan kata-kata yang tepat dengan jiwa aku sekarang. ^_^


Hari ini sampai hari Isnin aku tak dapat nak blogwalking ke blog korang sebab aku balik kampung. Adik ipar kahwin. Jangan rindu-rindu sama me u olls. Cauuu!

Apa pula gambar atau kata-kata yang mengenai tepat ke hati korang?

Nama

Aku sedang duduk bersama anakku di bawah pokok itu ketika satu nama yang tidak asing berkumandang di telinga. Nama itu mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang tidak pernah bergelar sahabat namun tidak pernah akan aku lupakan. Tak aku sangka, budak lelaki yang bermain di tepiku rupanya mempunyai nama yang sama dengan dia. Panggilan nama itu seakan menampar seketika ingatanku yang tidak semena-mena sebenarnya sedang teringat padanya.


Angin berbisik dan berlalu seperti mana perginya masa silamku. Awan berarak mendung seakan mengerti perasaanku yang suram. Meskipun riuh ombak membadai gigi pantai tetap saja seakan sunyi tatkala memori itu mendakap fikiran.

Keadaan hari ini tentu akan jauh lebih berbeza seandainya aku katakan YA kepada dia, suatu ketika dulu.

Dulu.

Ragu

Setiap hari dia menantikan hidup akan berjalan seperti dia harapkan. Agar Tuhan mendengar permohonannya. Tanpa putus asa, harapan itu selalu menemaninya. Menjadi sahabat baiknya di waktu tiada siapa pun sudi memahami perasaannya. Harapan itulah yang menjadi suara hikmah berbisik di hatinya; bahawa dia mampu melaluinya. Dia boleh mengharunginya.

Semangatnya belum pernah hilang, seperti mana penuhnya dakwat hitam melakari kisah hidupnya. Tapi, berbaloikah harapan itu disandarkan jika tangan sendiri liat disingsing menongkah takdir?


Mungkin harapan itu sengaja diwujudkan kerana dia mula meragui kesungguhan dirinya sendiri. Kesungguhan untuk meninggalkan bekas-bekas dakwat yang sudah mulai kering tanpa mampu diubah dan dipinda. Kesungguhan untuk mengangkat pena menulis kisah baru hidupnya. Kesungguhan melihat kertas berukir dakwat itu terbang melayang membawa seribu satu abjad bersamanya.

Keraguan itu langsung menjadi dakwat mengisi pena untuk dicatit bersama helaian kertas baru. Ketika itu, akankah ragu bakal menggantikan harapan sebagai teman paling setia?

Atasi Masalah Blog Tak Update di Bloglist

Aku masih gagal menyelesaikan ralat blog yang lambat berupdate dalam news feed walaupun.. aku dah updated! Oh mai mai.. Update jam 8 pagi tapi 8 malam baru naik kat news feed. Haru!

Screenshot jam 5:53 pm 150916. Sedangkan hamba dah update jam 8.30 am hari yang sama.

Untuk yang mengalami masalah seperti aku, aku syorkan beberapa langkah yang pernah aku cuba dan berjaya. Korang boleh apply salah satu cara atau buat semua ^_^

1. Tambah feeds/posts/default di belakang URL blog setiap kali munculnya mesej di bawah. Tapi kena minta kerjasama blogger lainlah yang memang dah ada link korang dalam bloglist mereka. Minta mereka remove dan install link korang semula guna method ni.


Contoh : http://diaridandelion.blogspot.com/feeds/posts/default

2. Daftar blog korang di Feed Burner dan dapatkan feed URL korang sendiri.


3. Kemudian, pergi ke bahagian Setting > Other > Site Feed. Update bahagian tersebut dengan feed URL korang yang baru.


4. Pergi bahagian Template > Edit HTML dan paste kod berikut di bawah <head>



5. Cara di atas ni adalah cara lama yg pernah aku cuba dan berjaya. Tapi masalah yang aku hadapi sekarang tetap tak settle walaupun aku guna cara yang sama. MENGAPAKAHHHHH!!??? Arghhh.. Jadi, aku pun buat sedikit eksperimen mengikut tutorial oleh Nick Nashram dengan menukar blogspot.my ini kembali kepada blogspot.com.

Seriyesli, aku tak tahu sejauh mana effect bila blogspot menukar URL blogspot.com kita kepada blogspot.my. Tapi aku decide nak reverse URL tu balik. Kalau korang berani, cubalah. Ikut cara di bawah :
  • Pergi ke Template - Edit HTML.
  • Tekan CTRL + F dan search <head>
  • Dah jumpa, add script yang bawah ni di atas / sebelum <head>


Dan hasilnya, alhamdulillah.. Akhirnya.

Kalau korang berjaya menangani masalah korang dengan salah satu cara di atas, korang kenalah observe dulu selama mana keberkesanannya. Kalau balik semula penyakit tu, cara yang terakhir; silalah tukar template blog anda. Iye, tukar.. Huhuhu.. itu yang aku tak nak. Sebab aku suka minima template disebabkan kodnya yang simple. Tapi, kalau dah terpaksa kenalah buat juga kan.

UPDATE :
Tetap masalah yang sama berulang. Aku perasan masa update bloglist, ramai blogger lain pun ada masalah serupa. Penat gak nak buat cara no.1 pada semua link yang bermasalah. Jadi, ini mungkin masalah blogspot tu sendiri. Disebabkan geram sangat, aku delete feed burner aku dan leave blank Post Feed Redirect URL di bahagian Setting. Setakat ni, masih okay.

Sekian.

Buli

Kisah yang bakal aku kongsikan di sini agak panjang. Untuk memudahkan pembacaan, aku harap scroll box ni berguna. Korang boleh skip kalau korang nak.

Aku guna kata ganti nama diri aku je lah ya. Nak guna abang,macam kekok pulak. Aku berumur pertengahan 30-an. Dah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata. Kisah yang aku nak confess ni bukan pasal aku, tapi pasal kawan baik aku sejak sekolah lagi. Kita mulakan ya..

Aku ada seorang kawan baik, sangat rapat namanya A. Kitorang jadi rapat sebab mak-mak kitorang rapat. Mak-mak kitorang selalu pergi mengaji sama-sama kat surau kampung petang-petang, pergi belajar menjahit sama-sama ikut program ajk kampung. Rumah kitorang pun tak jauh. Jarak 3 buah rumah je. Kiranya memang kamceng la aku dengan A ni, selalu main sama-sama. Dia lepak rumah aku dan aku lepak rumah dia. A ni anak tunggal. Dia pelajar cemerlang dan harapan sekolah untuk dapat 5 A masa UPSR dulu. Dia ketua pengawas dan olahragawan sekolah. Nampak tak betapa cemerlangnya dia? Aku ni walaupun tak berapa bijak, tapi dapatlah juga sekelas dengan si A sampai darjah 6.

Masa kitorang darjah 6, satu hari tu masa aku nak jemput dia pergi sekolah sama-sama (bukan jemput sangatlah, kalau nak pergi sekolah kena lintas rumah dia dulu. kitorang pergi sekolah sama-sama), A berlari kat aku dengan muka girang. Dia teruja bagitau aku mak dia mengandung dan ada adik. Nanti dia dapat adik. Aku pun tumpang seronoklah. and the rest is history.

Satu hari tu, masa tu hujung minggu, A duduk rumah aku sebab mak ayah dia nak keluar beli barang dapur. Sebab diorang ada motor je, A biasanya tak ikut sebab pergi pekan kan. A lepak la dengan aku kita main sama-sama. Lepas tu ada polis datang rumah, bagitau kat mak ayah aku, mak ayah si A terlibat dalam kemalangan. Ayah A masuk ICU seminggu lepas tu meninggal. Mak A pulak meninggal kat tempat kejadian, sekali dengan baby. Kau bayangkanlah, motor yang kecil tu bertembung dengan trailer balak. Hurm.

A masa mula-mula tu memang terkejut,sedih. Tapi dia jenis budak yang pintar kan. Dia pandai urus emosi dia. Dia tak adalah recover dari kesedihan dia terus, cuma dia pandai kawal je. Seminggu dia cuti lepas ayah dia meninggal, lepas tu dia datang sekolah balik. Atuk dan nenek belah ayah dia yang datang rumah jaga dia sebab kitorang nak UPSR dah. Lepas UPSR kiranya atuk dan nenek dia nak bawak pindah tinggal dengan diorang la. Kat kampung depan je.

Aku pun mulut lepas, aku tanya A, dia tak sedih ke mak ayah dia meninggal. Boleh pulak datang sekolah belajar macam biasa. A senyum tapi mata dia bergenang. Dia kata dia anak tunggal mak ayah dia. Kalau bukan dia yang mesti berjaya dan jadi budak baik, siapa lagi? Mak ayah dia ada dia seorang je. Masa tu aku pun diam, aku tepuk-tepuk bahu dia.

Ada sorang budak dalam kelas ni, aku bagi nama dia B. B ni, dia tau dari mak dia yang mak si A ni meninggal masa tengah mengandung. Kau tau apa si B ejek arwah mak si A? “Mak kau mesti jadi pontianak kan? Mak kau mati masa mengandung” sambil tu dia buat mimik muka macam takut-takut la konon,lepastu dia gelak dengan kawan-kawan dia. Tapi A ni buat pekak je. Aku tanya A, kau tak marah ke B cakap mak kau pontianak, A cakap, dia marah tapi apa dia boleh buat.

Tapi si B ni pun satu, mentang-mentang A tak melawan, dia lagi giat mengejek arwah mak A pontianak. Mak kau pontianak.Mak kau pontianak. Kalau kau tanam paku kat leher mak kau, mak kau boleh jadi manusia balik. Pergilah cari pontianak dalam kampung kita tanam paku kat leher dia.Lebih kurang macam tu lah ayat yang si B dok guna nak ejek arwah mak A. Sampai satu masa, A hilang sabar, dibalunnya si B. Gaduh la diorang. Bertumbuk. B tu pecah bibir jugaklah masa tu. Cikgu datang tarik dua-dua pergi bilik kaunseling dengan aku sekali kena ikut sebab aku ketua kelas masa tu (A yang cadang nama aku, dan aku pun dapat undi banyak.Terharu aku masa tu)

Cikgu disiplin panggil A dulu masuk bilik sekali dengan aku sebagai saksi. Cikgu pun soal siasat. Bila dah puas hati, dia suruh keluar dan panggil si B pulak. Dua-dua ceritakan perkara sebenar dan di sahkan oleh aku. Cikgu kata dua-dua salah. Lepas tu dua-dua kena hukuman. Aku tak ingat pulak apa jenis hukuman yang diorang kena. Tapi lepas tu si B dah tak ada nak mengejek arwah mak si A dah. Tapi aku rasa, ejekan si B tu ada meninggalkan kesan jugak kat dalam diri A.

Pernah satu hari tu, masa tu dia lepak rumah aku lepas kitorang main konda kondi depan rumah aku. Mak aku hidangkan milo panas, roti benggala dengan ubi rebus cicah sambal. Aku ni tengah nak cicah roti benggala aku dengan milo, tapi terbantut dengan soalan si A kat mak aku. Dia tanya mak aku, betulke kalau orang mati masa mengandung jadi pontianak? Mak aku terkedu jugaklah dengan soalan dia. Oh,mak aku tau kes dia bertumbuk kat sekolah tu, aku yang cerita. Dia pun tunduk lepastu cakap, kalau betul, dia tak kisah kalau mak dia pontianak pun asalkan mak dia dapat teman dia hari-hari. Aku masa tu nak marah jugaklah si A sebab aku takut dia sebut-sebut pontianak tu. Tapi dah tua ni, bila aku imbas balik, aku jadi sebak dan sedih bila teringat balik budak umur 12 tahun cakap macam tu.

Mak aku pun terangkanlah benda sebenar kat dia. Pasal pontianak semualah siap dengan ceramah kehidupan di alam barzakh semua. Sejak hari tu, mak aku memang bagi perhatian lebih kat A. Mak aku cakap kat aku, mak aku kesian kat A.Jadi mak aku nak bagi A rasa jugak kasih sayang ibu tu. Yang si A pulak, bila kitorang merayau satu kampung, lalu pokok besar, mesti dia pandang-pandang atas tengok pokok besar. Aku tanyalah, dia cari apa? Dia kata dia cari mak dia. Nak terkencing aku masa tu. Kita budak kampung, nak senja pun boleh merayau lagi. Tengah nak senja tu dia cakap macam tu, meremang aku. Aku ajak dia balik, sampai rumah terus aku bagitau mak aku. Mak aku risau, dia ajak ayah aku jumpa imam kampung mintak air penenang semua. Lepas tak lama tu, kuranglah si A cakap pasal mak ayah dia dan pontianak semua. Tapi kadang-kadang dia bergurau jugak dengan aku.

Kitorang dapat satu sekolah SBP sampai tingkatan 3 sama-sama, lepas tu dia pindah masuk MRSM, aku pulak stay kat SBP tu. Tapi hubungan kami tak pernah putus. Lepas SPM, dia buat A-level lepastu fly sambung kat RCSI Ireland. Korang taulah sekarang dia kerja apa kan? Aku sambung local, tapi kami masih contact walaupun jauh. Sekali sekala hantar surat.

Bila dia dah grad balik malaysia, posting dekat hospital utara tanah air, lagi selalu lah kami berjumpa sebab aku pun kerja dekat dengan kawasan tu jugak. A ni, walaupun dah besar dah kahwin dah ada anak, boleh pulak dia bergurau lagi dengan aku pasal pontianak tu. Sampailah satu hari aku tegur perbuatan dia tu, Aku bagitau khurafat semua tu. Dia pun tergelak, cakap, relaksla Al. Aku gurau je kot. Tapi lepas tu muka dia merah, dia kata, dia terkilan mak ayah dia tak dapat tengok kejayaan dia harini. Dia dah jadi orang bijak pandai, orang baik macam yang mak ayah dia selalu doakan malam-malam bila tiup ubun-ubun dia. Tapi apa gunanya, bila dia tak dapat nak kongsi kejayaan dia dengan mak ayah dia. Aku pun lepas tu ceramah panjang la kat dia.

Aku tergerak nak share kisah ni bila video budak sekolah agama yang pukul kawan sekelas dia sebab ejek nama arwah ayah dia tu viral. Aku macam terimbas kembali, macam nampak balik A cuma latar masa dan tempat je yang berbeza. Bila aku search pasal budak tu, ayah dia baru meninggal. Aku tengok komen salah seorang mak kepada murid kelas tu, dia kata Danish (budak yang memukul tu), budaknya baik. Pengawas sekolah. Bila mengganas macam tu, terus semua cop dia pembuli sedangkan yang mulakan dulu, budak satu lagi tu.

Aku tak kata apa si Danish tu buat betul, tapi aku tak naklah netizen menghentam dia pembuli, pengganas, mak ayah tak ajar semua. Sebab aku dah saksikan sendiri apa yang jadi pada A dan aku sangat memahami situasi budak macam Danish tu. Masyarakat sekarang semua memandang physical contact sebagai membuli, tapi selalu hiraukan verbal bullying. Aku memohon kepada netizen semua, kalau kalian boleh jadi seorang hakim, seorang polis, seorang pengkritik tetap bila ada sesuatu isu, kenapa korang tak boleh jadi seorang pakar psikologi kepada seorang budak. Pandang benda yang berlaku tu sebagai sisi seorang budak yang baru 12 tahun dan masih belajar mengawal emosi dia. Aku bukanlah nak back up kes pukul memukul kat sekolah ni, tapi at least bila dah tau perkara sebenar, janganlah dicaci maki budak tu. Ni bila aku baca komen, semua memaki hamun budak tu, padahal masa tu polis dah keluarkan keterangan berhubung kes tu, puncanya disebabkan apa. Tak taulah diorang yang komen maki-maki tu tak baca berita susulan kan.

Aku harap masyarakat kita boleh didik anak jaga bahasa dia. Jaga tingkah laku dia. Ajar dia jangan guna bahasa tak elok. Ajar dia jangan mengejek nama mak ayah orang lain. Ajar dia jangan memandang rendah orang lain. Sebab pada aku, bila tatasusila dan bahasa dah cantik, tak akan ada masalah lain akan timbul. Ajar anak kita hormatkan hak orang lain. Tak banyak aku mintak, tu je.

Akhir kalam, sedikit kata hikmat, Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum.

– Aldi

Kisah di atas diambil dari facebook IIUM Confessions-BM dan website IIUM Confessions.

Aku sangat tertarik dan bersetuju 100% dengan ayat "Masyarakat sekarang semua memandang physical contact sebagai membuli, tapi selalu hiraukan verbal bullying. Aku memohon kepada netizen semua, kalau kalian boleh jadi seorang hakim, seorang polis, seorang pengkritik tetap bila ada sesuatu isu, kenapa korang tak boleh jadi seorang pakar psikologi kepada seorang budak."

Masih banyak kisah sesuatu buli itu tak tercerita dalam Malaysia ni. Kisah Aldi mungkin hanyalah cebisan darinya. Konsepnya mudah, jangan mudah menghukum. Mencari sebab kepada sesuatu masalah itu mungkin akan membantu kita untuk selesaikan masalah itu dari awal lagi, jangan biarkan ia melarat. Buli; sama juga seperti gangguan seksual ada banyak jenisnya. Jangan kita hanya lihat dari satu perspektif sedangkan gambar sebenar mungkin jauh lebih besar dari apa yang terpapar. Namun walau apa pun jenisnya, kesannya tetap mendatangkan trauma sepanjang hayat kepada mangsa buli.


Jika takde angin, masakan pokok bergoyang.

Pendidikan bermula dari rumah, kan? Jika ingin menangani kes-kes buli dengan berkesan, ibu bapa terlebih dahulu perlu memainkan peranan untuk menjadi pakar psikologi kepada anak-anak. Seperti kata confessor di atas, "Ajar dia jangan guna bahasa tak elok. Ajar dia jangan mengejek nama mak ayah orang lain. Ajar dia jangan memandang rendah orang lain. Ajar anak kita hormatkan hak orang lain."

Dengan cara itu, inshaAllah anak akan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. InshaAllah dalam masa yang sama, kita dapat menangani guru yang gemar menjadi pakar rotan pada anak murid yang nakal. Guru sendiri pon banyak lagi kerja nak buat daripada merotan anak orang.

Maaf jika ada yang tidak bersetuju.

Sekian.

Tunggang Langgang

Harap korang tak perasan, harap korang tak pelik tengok blog ni tunggang langgang sekejap. Sebenarnya, aku try resolve feeds problem but eventually, gagal juga. Aku dah malas dah nak alter sana sini, penghabis kuota aku je. Tapi rasa terkilanlah sebab walaupun aku dah update tapi dia tak show up dalam news feed. Effectnya, nampak macam blog ni terbengkalai and PV pun makin kurang. Alahai.


Every step end up as failed. Rasa nak bagi kat tangan yang lagi pakar tapi alahai tak payahlah.. Aku berblog pon main-main je. I love coding, mekap belog, menulis.. Lain-lain unsur tu, bolayan je lah.

Kalau korang ingat blog ni, rajin-rajinlah singgah. Mungkin blog aku nampak tak diupdate dalam mana-mana news feed, tapi sebenarnya mungkin sudah cuma dia tak tangkap.

Sekian.

Aku Sebuah Jam

Pada yg sudah membaca entri Mawar aku yang lepas tentu menyedari bahawa artikel yang terhasil bukanlah dari air tangan aku. Tetapi dipetik dari sebuah blog dan aku kongsikan di sini agar mendapat manfaat kita bersama. Sekarang, aku ingin kongsikan satu lagi cerita yang berkait dengan WW#17 kelmarin. Sumber : Jam oh Jam

Al kisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

"Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"

"Apa?" Kata jam terperanjat "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" Tanya si pembuat jam lagi.

"86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" Jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" Cadang si pembuat jam.

"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" Tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam.

"Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"

"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" Kata jam dengan penuh semangat.

Maka setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh; dia telah berdetik tanpa henti. Itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Moral :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Bagaimana? Masih ragu-ragu dengan kemampuan anda?

Idea panas untuk entri

Ada masanya kita suka merepek, ada masanya kita hilang idea nak tulis pasal apa. Kadang-kadang sebagai blogger, ada banyak sangat nak tulis sampai tak tahu nak tulis mana satu dulu. Ahakss! Kat bawah ni aku share a few hot post ideas for you all. Mana tahu, ada yang nak cuba?
  • Cari pasal dengan blogger lain
  • Maksud kau? Mungkin korang ada yang tidak setuju dengan pendapat sesetengah blogger di blognya. So, untuk mengutarakan pendapat korang pula, korang tulis post korang dengan pandangan korang sendiri menyangkal hujah-hujah blogger tersebut. Haa ada bran? Tapi pastikan yang hujahan anda padu dan kuat, jangan main tembak sebarangan je.

  • Tulis teori konspirasi korang sendiri.
  • Contoh "Kenapa kita perlukan 1MDB? Selama ni benda alah tu tak wujud, okay je? Bila wujud, banyak pula masalah. Persoalannya, kenapa mesti pemerintahan disamakan dengan peniagaan? Aku rasa sebab pemimpin zaman sekarang suka nak kumpul aset sendiri so bila dorang bersara nanti dorang ada bermilion lemon harta sampai 7 keturunan pun tak habis." Tapi hati-hati, jangan sampai kena tangkap dengan POTA pulak...

  • Kongsi post yang berbaur satirical
  • Lebih kuranglah macam yang di atas, tapi jangan main kasar sangat. Dan bersedialah untuk di backwash, eh backlash.

  • Kongsikan pendapat korang tentang berita terkini
  • Mencabar diri menjadi blogger yang lebih bersifat analis, ada kemungkinan kandungan yang berlevel tinggi mampu menarik website atau pihak akhbar untuk menyiarkan hasil tulisan korang kan? Errr.. Ada ke? Krik krik krik..

  • Tulis sesuatu yang menganggu korang.
  • Benda macam ni of course akan dapat perhatian, pembaca mungkin akan berkongsi apa yang menganggu mereka juga. Pastikan benda yang tulis tu juga ada well-arguments di belakangnya kalau tak, royanan korang akan dikira pointless dan mengundang caci-maki orang ramai.

  • Tulis surat terbuka
  • Ada apa-apa yang nak luahkan? Mungkin pada kawan baik, ibubapa, suami, isteri, anak-anak atau bakal anak-anak? Seperti mana Neelofa yang pernah menulis surat kepada bakal anaknya dan columnist Debbie menerusi ruangan artikelnya kepada Shailene Woodley mengenai keengganan artis tersebut menyokong feminisme.
Jadi macam mana? Ada cadangan lain? Hehehe ^_^



Nota: POTA is The Prevention of Terrorism Act 2015 (Malay: Akta Pencegahan Keganasan 2015); an anti-terrorism law that was passed by the Malaysian government on 7 April 2015. It enables the Malaysian authorities to detain terror suspects without trial for a period of two years.

Jiwa

Aku selalu menganggap diriku sebagai seorang penulis. Menulis apa saja yang terlintas di fikiran aku, menulis tentang apa yang terjadi pada aku dan mungkin menulis cerita yang aku ada-adakan saja. Di kepala ini, sarat dengan jalan cerita yang menunggu untuk diluahkan tapi entah kenapa setiap kali menghadap buku atau komputer, idea itu mati di pintu fikiran.

Tidak mampu dikeluarkan.

Walaupun dikeluarkan melalui tingkap, cerita itu takkan terhasil mengikut apa yang aku mahukan. Ada rompongnya. Aku akui sebagai seseorang yang mengakui dirinya adalah seorang penulis, aku kecewa.


Benarkah aku penulis atau hanya sekadar pemimpi tegar?

Jadi sekarang, di hadapan komputer ini aku masih mencari-cari idea untuk dilakarkan. Adakah ia mengenai aku atau apa di sekelilingku atau aku rekakan sahaja? Apa yang membenakkan fikiranku? Atau kerana kebenaran mencacatkan kenyataan jadi jiwa penulis aku ini ada sedikit rasa takut untuk menaipnya?

Dan jiwa ini masih terus mencari..

Sudahkah anda temui apa yang anda cari?

Santai | Selamat semuanya!

Selamat hari Raya Aidiladha buat semua blogger yang beragama Islam. Hari ini 12 September 2016; Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut raya Aidiladha yang ke27 dalam hidup ni. Haha, kantoi umurku di situ.

Menarik apa yang berlaku dua tiga hari ini ye. Selain mengingati peristiwa dan mangsa pengeboman World Trade Center 9/11, hari ini juga merupakan hari ulang tahun kematian bekas presiden Iraq, Saddam Hussien yang dihukum bunuh pada pagi raya Aidiladha 2006 (Al-Fatihah). Beliau didapati bersalah kerana terlibat dalam jenayah pembunuhan terhadap 148 Syiah Iraq di bandar Dujail pada tahun 1982.

Atau sekurang-kurangnya itu yang dimomok-momokkan oleh media barat.


Malaysia juga menyambut kegembiraan dengan pencapaian atlet paralimpik kita yang telah berjaya menghadiahkan tiga pingat emas buat Malaysia menerusi Ridzuan, Ziyad dan Latiff. Bukan sekadar emas bahkan memperbaharui terus rekod dunia! Syahdu seketika perasaan aku ni tatkala melihat air mata mereka mengalir sewaktu berkemundangnya lagu Negaraku buat pertama kalinya di Rio de Janeiro, Brazil.

Serentak dengan itu juga, kempen World Quran Hour berjaya dilaksanakan. Ada mulut-mulut nakal yang mengatakan ia sengaja diadakan pada hari ulang tahun peristiwa 9/11 tetapi ia dinafikan sendiri oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM. Ia takde kena mengena langsung hokay, kempen ini diadakan sempena hari Wukuf, kegiatan utama dalam ibadah haji yang kebetulan jatuh pada tarikh tersebut.

Tidak ketinggalan, berderet berita mengenai kemalangan jalan raya terpapar di kaca televisyen. Yang ini sungguh aku speechless. Kemalangan di hari raya, seperti dakwat dan kertas. Takkan dapat dipisahkan.

9/9 pula merupakan hari jadi kakak kesayanganku yang berada nun jauh kat Johor. Selamat hari jadi kak Ngah. Walaupun aku tahu kau takkan baca ucapan aku ni, tapi aku tetap nak wish juga. Haha.

Sekian, lintas langsung dari saya. Blog ini berehat dari sebarang kemas kini sehingga Rabu. Selamat hari Raya Aidiladha.. !

Blog | Masalah Kotak Followers

Kotak followers blog yang baru ni memang bersifat responsive kan, mudah dan simple. Cuma aku pelik kenapa URL blog sang blogger yang follow kita tak display kat front page. Faham tak? Kat bawah ni contoh.


So, anybody ada solution tak supaya aku dapat trace blogger yang follow blog ni; selain daripada cari namanya di Google?

Kau Mawarku

Di dalam setiap jiwa, selalu ada "mawar" yang tertanam. Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat. Tuhanlah yang meletakkan kemuliaan itu dalam setiap kalbu kita. Seperti mana taman-taman berbunga, begitu juga di dalam jiwa kita adanya tunas mawar dan duri yang akan merekah.

Namun sayang, banyak dari kita yang hanya melihat "duri" yang tumbuh. Banyak dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering menolak diri kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tak mahu menerimanya. Kita berfikir bahawa hanya hal-hal yang melukakan yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk "menyirami" hal-hal baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tak pernah memahami potensi yang kita miliki.


Banyak orang yang tak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki mawar yang indah di dalam jiwa. Banyak orang yang tak menyedari, adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan diri dan onak-onak kepesimisan dalam hati ini. Orang lainlah yang kadang-kadang harus menunjukkannya.

Sebenarnya, jika kita dapat menemui "mawar-mawar" indah yang tumbuh dalam jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita, akan terpacu untuk membuatnya merekah, dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat kita berhasil untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu, dan mengabaikan duri-duri yang muncul.


Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan yang ditawarkannya, adalah layaknya ketenangan air telaga yang menenangkan kegundahan hati. Mari, kita temui "mawar-mawar" ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita. Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tapi janganlah itu membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan kita akan tergores dan terluka, tapi janganlah itu membuat kita bersedih nestapa.

Kali ini, biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaan-Nya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadi bibit dan benih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-bibit mawar cinta itu kepada setiap orang, dan menumbuh-kembangkannya di dalam taman-taman hati kita.


Some people grumble that roses have thorns; I am grateful that thorns have roses.
- Alphonse Karr, A Tour Round My Garden

Stanza | Rencana

Selama ini, dia lari dari kenyataan. Dia penuhi berbagai-bagai agenda dalam hidupnya daripada menghadapi kebenaran yang menyakitkan. Sehinggalah suatu hari, Tuhan katakan pada dia; Berhenti. Aku nak tengok kau tanpa ada satu pun dalam tangan.

Perlukah dipaling wajah pada kekesalan andai itu bisa mengubah sejarah? Perlukah dilempar senyuman andai itu bisa memuaskan hati yang mati? Perlukah disorok perasaan andai itu bisa membuat orang lupa pada kedukaan mereka?

Kau dah terikut dengan tabiat buruk kawan kau, Brandt. Yang paling buruk adalah kau yakin yang kau dapat kawal apa jua kesudahan.

- Pengarah Hunley, Mission Impossible : The Rogue Nation


Manusia sering beranggapan mereka perencana terhebat sehingga mereka lupa di atas segala-galanya, Allah adalah Maha Perancang yang Maha Bijaksana. Kesibukan yang dilalui menjadikan seseorang itu seorang atheis, lupa dan malah sehingga tidak merasa kewujudan Allah.

Adakah dia sudah sampai di kesudahan cerita? Orang kata, sebelum bertemu dengan kesudahan yang menggembirakan maka ia bukanlah penamat segalanya. Tapi di dunia ini, segala kebahagiaan bukanlah abadi.

Jadi, di manakah dia sekarang? Adakah ia baru hendak bermula? Atau pun dia sudah berada di klimaks cerita? Atau adakah dia sedang berdepan dengan twist plot yang dia sendiri tidak menyedari tentangnya? Atau sebenarnya, dia sudahpun berada di pengakhiran, cuma sedikit waktu untuk menghargai apa yang tinggal bersamanya kini?

Isu | Politaik

Aku bukan nak berpolitik. In fact, I don’t even like it. Apa itu politik sebenarnya? Sejak aku memasuki dunia U, aku tengok segelintir pelajar memang gila bab-bab macam ni, sampai sanggup ponteng kelas untuk join aktiviti yang dianjurkan.

Especially bila tiba pilihan raya kampus, memang gila. Sampai ada kolej yang kena kepung dan tak pasal-pasal aku terkepung sekali. T_T

Tapi ini bukan nak cerita pasal politaik tu.

Aku bukan peminat tegar kerajaan, bukan juga pembangkang. Sampai sekarang pon aku masih memikir nak pangkah apa pada pilihan raya 2018 nanti. Tapi pada golongan tua aku dikira sebagai tidak patriotik pada bangsaku, tidak mengenal asal usulku. Katanya generasi muda tidak sayangkan apa yang digelar mereka sebagai perjuangan zaman berzaman.

Betul ke?


Sebenarnya aku masih keliru. Adakah bila kita tidak menyokong pemimpin bermakna kita juga menolak parti yang dipimpinnya? Atau adakah kita boleh menyatakan ketidaksokongan kita pada pemimpin tetapi dalam masa yang sama mencintai parti yang dipimpinnya. Boleh kah begitu?

Jadi, bagaimana kita ingin membuatkan pemimpin tersebut sedar dan mengundur diri secara suka rela? Tidakkah nanti dia berasa syok sendiri menyatakan bahawa ramai orang menyokong dia sedangkan orang menyayangi parti pimpinannya. Bukannya dia. Tapi kalau tak sokong parti tu nanti, orang kata tak sayang bangsa.

Aku keliru. Adakah sekarang orang taksub pada pemimpin lebih daripada parti?

Apa kata anda?

Stanza | Gurun

Gurun tahu dirinya tanah yang luas, tempat dihamburkan kesengsaraan. Diguna nama dalam puisi dalam cerpen lambang jiwa manusia yang ketandusan. Gurun redha, gurun sedia. Sedia dianggap tanah yg penuh kekecewaan. Kadang gurun lari bersembunyi di balik ufuk terbentang, di manakah hujan? Dimanakah keredupan agar dapat saja aku menghilangkan kekeringan, kegersangan yang sering dianggap penderitaan…


Hujan hampirilah aku, hujanilah aku.. Basahilah aku dengan sejuta nikmat kesejukan dan beribu rendang keredupan. Mengapa engkau memilih untuk turun membasahi ladang dan taman yang sediakala sudah bah dan penuh dengan hidupan? Yang di dalam taman itu terhampar penuh seribu satu senyuman dan hilai tawa kebahagiaan. Kau biarkan aku terus menjadi gurun. Terus aku menjadi murung?

Kicau burung hering di atas gurun, bisikkan satu pesanan madah pada si gurun.

Bersyukurlah engkau menjadi gurun, sekurang-kurangnya tiadalah penuh manusia yg sering kufur nikmat menyumpah di atas perutmu. Aku telah jauh terbang di langit nan luas, terdengar rungutan dan makian dari manusia dan hidupan yang tidak mengerti makna kesyukuran.

Mengherdik hujan yg turun di tengah laman dan melenjunkan baju di sidaian, mencomotkan indah kenderaan. Gurun, bukankah lebih enak engkau redha dan terus bangga menjadi gurun? Kelak datangnya musim teduh, hujan akan turun menyegarkanmu.

Di waktu itu, sungai kontang menjadi lautan, hidupan akan tumbuh melata taman. Aku dengar orang bijak bermadah ;

"Waktu dan masa menyembuhkan segala kekecewaan dan mencipta satu sejarah yg mendewasakan."

Aku mengerti sudah akan maksudmu wahai si hering.

Kredit : Sejambak Mawar.

Santai | Anak Mama

Dhia Asha Fayha.

Jangan pelik ye. Ramai yang macam pelik dengar nama anak aku. Ini semua sebab husband nak juga letak Fayha tu. Konon nak dekat-dekat dengan nama dia. Dhia Asha tu aku yang pilih. Membawa maksud; Cahaya Harapan. Memang betul. Cahaya harapanku untuk aku membina hidup yang lebih baik ^_^

Fayha pula membawa maksud sebagai Harum, Mewangi. Jadi kalau gabungkan makna, jadilah bunyinya Cahaya Harapan yang Harum. Amboi kau. Gitulah kekdahnya. ^_^

Antara simptom awal yang aku alami sebelum kena paksa dengan Kak Eida untuk buat UPT. ^_^
  • Alah bau makanan
  • Takleh makan nasi (3 bulan makan buah, roti & biskut)
  • Alah bau badan husband sendiri (Kesian dia, asal balik kerja je kena marah.. Mwahahaha!)
  • Selalu pening
  • Krem kat pinggang belakang belah kanan
  • Aura kemalasan yg melampau-lampau (Kalau boleh nak baring dan tidur je.. ^_^)
Kebetulan kakak aku selalu datang rumah aku dulu. Dia dah beranak dua, so dia macam faham-faham je walaupun aku menafikan. Aku masih dalam denial state, ko giler aku rasa macam dalam fasa honeymoon lagi kot. Hak3..


Harap jangan ada yang muak sebab lepas ni confirm aku banyak cerita pasal anak aku je dalam blog ni. Maafkan hamba.. Hihi.. Mungkin ada sisi dalam hidup aku sedikit mengecewakan. Tapi yang ini tak terjangkau kegembiraannya. So, I want to enjoy this to the fullest. Faham? Tak faham takpe. Senyum aje.. But don't worry, I will try to tell the story in a balanced way. ^_^

Santai | Hidup sekarang

Alhamdulillah.. berjaya juga meluangkan masa dan kuota internet untuk menaip entri dalam blog ini. Setelah kian lamanya daku bertapa dalam gua.. Hehehe.

Apa khabar hangpa-hangpa semua? Ada blogger yang prihatin bertanya keberadaan aku, mana aku pergi, apa aku buat.. Terima kasih banyak-banyak. Aku juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucap terima kasih kepada kak Yana Yani atas pemberian kad raya tahun LEPAS dikirim pada aku. Kalau tak silap aku, masa tu aku masih lagi menetap di Laguna Biru, Rawang. Sekarang, tidak lagi. Memang aku nak buat entri pasal tu tapi biasalah.. manusia merancang, tapi Allah lagi Maha Hebat perancangannya.

Macam-macam yang aku lalui sehingga aku takde hati nak buka blog, email dan lain-lain medium alam media sosial.

Kenapa?

Takpelah, biarlah jadi pengajaran untuk diri aku seorang saja dan mereka yang mengenali aku.

Menyesal?

Tidak.

I just love the thought that great things are coming. No matter what you’re going through, there’s so much to look forward to.

Biarkan ia menjadi penanda aras untuk aku mengenali siapa kawan siapa lawan. Tak akan aku lupa. Takpa, ada masa ada hati akan aku cerita juga. Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh, banyak melibatkan orang-orang di sekeliling aku sendiri.

Jadi, apakah hangpa semua nampak gambar budak kecik di sidebar blog ni? Hehe.. Itulah anak hamba yang selamat hamba lahirkan.. Hehe. Macam tak percaya hamba kini sudah bergelar seorang mama.. Hahaha..

Sayalah makluk yg suka huru-harakan hidup mama!

Okay, lagi entri aku cerita lagi pasal budak ni okay? Tapi sekarang, nak jejak blog hangpa-hangpa semua yang dah berkurun lama aku tak jenguk. Bapok lenguh jari nak klik satu-satu. Huhu T_T

Sokian..